Monday, March 28, 2011

Bila kau pergi.

Ya, aku rindukan lelaki ini.

Selain darah,aku punyai fobia lain. motor.

kenapa, kerana lelaki ini pergi selamanya kerana motor.

sungguh aku rindu. 4 tahun sudah berlalu.
tpi tidak pernah pula aku lupa satu pun tentang engkau.

engkau yg selalu menyakitkan hati.
engkau yg selalu sepahkan rumah.
engkau yg selalu meminta aku berbohong demi menutup keslhn kau.
engkau yg dahulu pernah aku benci. :')


tapi aku thu. itu bukan benci. cuma kerana marah yg berbaki, semuanya menjadi diluar kawalan.

30 Mei 2007.
tidak akn aku lupa tarikh ini.
jika difikirkan, mati itu masih jauh, tapi entah mengapa, ia menjadi sgt dekat.
tidak akn ku lupa setiap yg terjadi.

seorg lelaki dtg, yg tidak ku kenal, dengan raut wajah separuh cemas, cuma satu ayat nya
" Farid accident "
Sungguh, sakit, menyentap hati dan perasaan.
krn apa? krn hnya lebih kurang 20 meter utk sampai ke rumah.

Ya, bas salira berwarna biru itu yg meragut engkau.
kerana apa? kerana ketidaksabaran dia menunggu engkau melepasi simpang itu.

sungguh aku tidak sangka kematian itu sgt dekat.

di hospitl alor gajah, tidak mungkin aku lupa,
memegang baju mu, penuh dengan darah, dan kerana itu lah aku fobia.
darah engkau, darah ku jua, darah daging ku.
melihat abah masuk ruang icu, kemudian keluar, dgn setiap tapaknya terkesan darah.

ku kira, pedihnya bgi seorg bapa melihat anaknya begitu bukan?

engkau ada, kemudian tiada.kemudian ada kembali.
ku kira sgt parah. aku cuma lima belas tahun. sukar utk menerima.

kemudian di hantar ke hospital melaka, walaupun, peluang itu amat tipis.

perlukah aku nyatakn betapa pedihnya melihat wajah seorg ibu, menunggu diluar dgn linangan air mata?

masih terngiang juga kata2 doktor itu
" kami dah cuba masukkan darah, tapi, dia mcam tolak balik, xblh nak terima "
" dia dah tak ada. kami dah cuba sedaya upaya "

seperti di lakon layar, tapi itu semua benar.

kau tinggalkan kami di sini. sakit. pedih.

lambat sikit baru abang yg sulungku sampai dari UKM.
terkejut, terpempan bila mengetahui adiknya tlh tiada, dan dia tidak sempat.

melihat kau disitu, berbalut kain putih, tahukah engkau beratnya bagi aku?
melihat darah mengalir, melihat darah di atas lantai kerana bdan kau tidak boleh menerimanya.
aku cuma lima belas tahun.

pernah kah aku mengatakan padamu, aku sayang engkau.
tidak pernah.

itu satu penyesalan.

motor itu, penuh dengan darahmu.
tidak siapa melihatnya, yang aku tahu, hnya dibaiki, dan dijual.
Siapa mampu melihatnya? Sungguh tidak aku.


Moga kau aman disana. Moga kau ditempatkan dikalangan orang beriman.
Lihatlah aku dari sana.
Jangan risau, pasti akan kujaga kedua mereka dengan sepenuh hati.


Mohd Farid Kamaruddin



* first time setelah empat tahun, naik motor.
membuat aku teringatkan lelaki ini.
sungguh aku rindu.

tidak pernah pula kunyatakan kepada mak dan abah.
fobiaku pada darah dan motor.

doakan aku, hilang fobia pada darah.
InsyaAllah. a doctor-to-be.


Hargailah mereka yang berada di depan mata, kerana bila hilang, sakit dan pedih.

9 comments:

marzita amin said...

takziah :')

xox Faiqah xox said...

Sangat sedih,
I'm sorry.
perpisahahan di dunia hanya sementara,
di sana nanti akan bertemu lagi,
insya-Allah.

Haziq Ghafar said...

Takziah.
Semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

i felt the hurt too. :(

doakan yg terbaek utk die kat sane.
insyaAllah.

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

al-fatihah..

FatinHusnaKamaruddin said...

marzita : thanks syam :)

faiqah : hm.. InsyaAllah, pasti bertemu kembali

haziq : :)

Ada : hee. u r part of the family too. my mum think u as her daughter

zaia : al fatihah

Anonymous said...

be strong . al fatihah . tc and doctor to be okies : )

FatinHusnaKamaruddin said...

gajah : hihi
terima kasih. and a doctortobe. InsyaAllah

zeeyra esa said...

semoga ALLAH mencucuri rahmatnya..aminn