Sunday, March 27, 2011

Sejenak..

Bila dihitung. Jauh sgt lagi perjalanan.
6 tahun, bukan jangka masa yang pendek kan?

Susah nya terasa.

Orang lain, insyaAllah. 23/24 tahun dah grad, graduan UIA?
25 tahun.*mmg sy kahwin before grad! hihi.

Kadang2, timbul juga rasa menyesal sebab pilih UIA, dengan additional subject nya.
Jangan cakap la, tipu la kalau mulut xpernah mengeluh. bah kan SELALU.

Tapi, aku berpegang pada satu ayat al-Quran nie, verses brape, xingat.
" sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui "


Kadang2, bukan x terlintas di hati,
Mampu ke aku menjadi seorang doktor.belajar susah kot.
Mampu ke, sbb factual, bukan pilihan ku, mengingati itu dan ini juga bukan kesukaan ku.
Darah, itu fobia ku. hihi.

Yang aku tahu, dari dulu lagi, semua org cakap, doktor, doktor, doktor.
Aku iya kan shj, krn apa. krn cita2 mereka berdua. mak dan abah.

Berat juga kadang2 terasa bila aku fikir, ini cita2 angan2 mak dan abah.

Mampu kah?
Aku yang paling tidak suka Biology.
Aku yang cepat mengalah kerana satu masalah.
Aku yang terlalu cepat tertekan.
Aku yang terlalu mengikut hati dan perasaan.
Aku yang tidak mampu mengawal keadaan.
Aku yang bergantung pd org itu utk semangat.

Aku yang dahulunya pernah rebah kerana ditingglkan lelaki itu.

Bila ditoleh kebelakang.
Blh juga aku nyatakan, tidak berpuas hati dgn prestasi sendiri.

Interview kemasukan degree untuk UIA, medik, hnya 100 org.
Ah, bukannya sedikit pelajar asasi perubatan UIA.

Semalaman juga aku berfikir.

Mampu kah?
Tapi bukan nya aku kalau hendak berputus asa begitu.



Kejayaan tidak pernah pula ku dengar datang bergolek.


Penat. penat. penat dan penat.




Tapi bukankah semua nya pilihan sendiri?
Sama ada mampu atau tidak itu kiraan di belakang.

Sampai bila mahu begitu?

Yang penting, aku mencuba.
Yang penting, aku berjuang.
Yang penting, aku cuba membaiki diri.
Yang penting, aku berusaha.

itu yang ku tanam di dalam diri.hati dan jiwa.

Sama ada berjaya atau tidak, itu hal kedua.
Sungguh, tidak akan ada kekesalan jika semua usaha diberikan.

Yakin pada diri sendiri.itu yang ku cari.
Bergantung pada diri sendiri.itu yang aku perlukan.

Sebab, semuanya tidak mudah, tapi tidak juga ia mustahil.
InsyaAllah, aku pasti mengejar cita2 itu!

dan sahabat aku, yang itu.

utk aku bercakap mmg mudah, tapi pilih la, jalan untuk diri sendiri. sama ada utk terus hanyut, atau berjuang. sama ada utk terus lalai atau kembali. masa depan itu engkau corakkan sendiri. Ya. krn ibu bapa kau masih ada, blh la semua keinginan dipenuhi. tp jika mereka sudah tiada? mmpu kah keinginan kau itu dipenuhi dgn senang. bukan aku mendoakan. tpi sekadar utk kau memikirkan.

Ya. siapalah aku utk berkata2. hanya seorg prmpuan yg satu waktu dahulu pernah jatuh krn seorg lelaki. ya. perempuan yg pernah bergantung semangat pd seorg lelaki. ya. prmpuan yg hanya pandai berkata2, tetapi bila terjadi pd diri sendiri, dia yg lemah. tp aku juga cuba utk membaiki diri sendiri. aku juga cuba utk bangun kembali. aku juga cuba utk tabah kembali. tidk mungkin juga aku biarkan kau hancurkan hidup sendiri.

pilihla jalan engkau sendiri. masa depan utk mmg terlalu jauh lagi, tapi, utk cuba dapatkannya, usahanya dari sekarang. fikirlah. krn kau, sgt hebat, jauh lebih hebat dari ku.

masa depan kau, kau sendiri yang lukiskan.

* kenapa post ni mcm lunatic sgt. knp dgn kau husna?

*ketuk kepala sendiri. HAHA.

9 comments:

zuhaidah said...

wahai cik husna ku sayang
husna dat i've know before is org yg confident, bersemangat dan macm mcm lagi lahhh
aku igt mase aku buat post tentang payahnye nak jd doktor, u still keep insist for being a doctor
mane husna yg dulu?
jgn lah kau give up cita cita kau semate semate seorang lelaki
hell NO
aku jd doktor pon sbb nk buktikan aku nak buktikan aku boleh berjaya pd dia
so please cik husna, i know u can do it
i may not know u well, but i know u can do it
believe in urself dear :))

dr.nabilah said...

selamat berubah..:)

sy doakan awak cpat kawen..hik3..XD

istadartiah shamsudin said...

serious 100 je???
sobs9

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

lesson learnt. :')

rossyahidahrosli said...

HAHAHA. chill je husna!
what can i say is, at least kau kat malaysia, jumpa ramai lelaki malaysia.
saya di sini, tak jumpa ramai pun.
kalau dulu orang kata, kat uni nnti barulah cri. dan dulu aku percaya,

sekarang, aku rasa smeua tu tipuuuu. lelaki melayu tak ramai mana pun kat sini, HAHAHAH

tapi tak kisah pun. sbb Allah tahu apa yang terbaik kannn?

cumanya, skrg kena STUDY. 4yrs to go ><

Herlisyatt said...

zuu : sayam. thank you. insyaAllah. sy pasti kejar cita2 sy lah. hell NO. yes i agree that. doakan saye ye!

lala : thanks.
erk. cepat kahwin? apekah itu? -.-

Herlisyatt said...

is : entah. denga2 100 je. haish. struggle2!

ada : hihi. yes. i learnt!

nuyuk : yes. cuma perlu STUDY. 4 years to go. hihi. mmg la kat sae xrmi llki melayu. hailaaa. sabar yuk.
balik mesia carikkk aaa!

cikchubby said...

cik husna, anda org yg sgt strong bg sye. bukti, awk still skor trbaik lagi mantop even awk tgh sakit hncus lebur kan.. see, i knw you can face any challenge baby. menunaikan impian ibu bapa adalah stu ibadah yg amt mulia. suma akan tampak senang krn berkat mereka wlupun realitinya amt susah utk ditafsirkan. go for it husna!

aja aja figthim ! \(^o^)/

Herlisyatt said...

cik raja : terima kasih. u donno rs nak menitis jugk air mt sy bile awk ckp mcm tu. terima kasih. sarang hae <3