Saturday, April 9, 2011

Taraf

Kawan ku yang satu ini.
membuat aku terfikir.
pentingkah taraf dalam sebuah perhubungan?

dahulu, sekali.
selepas SPM kalau aku masih ingat.
diputuskannya lelaki itu.
krn apa?
taraf yg lebih rendah dri dirinya.
kemudian. kini juga.
krn alasan yang sm.

marah juga aku padanya.
apa pentingnya satu perkataan itu?
TARAF.
dan jawapannya
' kau fikir, kalau kau doktor, kau nak ke dgn mamat office boy? kau nak ke dgn mamat yg pendidikan, kerja dye low dari kau? xnak kan? '

ah. terdiam juga aku.

emak juga pernah berkata begitu.
*tapi tidaklah sekasar bahasa sahabatku ini.
cuma dia nasihat, jgn nanti bergaduh sbb taraf.pilih yg btul2
kerana lelaki itu egonya tinggi
xkan suami kerani isteri doktor.
* aku tahu, bukan lagi aku ini seorang doktor, ini cuma pemikiran masa hadapan. dan InsyaAllah aku cuba menjadi seorang doktor.

tapi bagiku, kalau diikutkan, taraf itu bukan satu penjanji kebahagian bukan?
bukan juga semua lelaki yg sama taraf nya dpt menjanjikan kesetiaan yg tidak berbelah bagi.

dan bagi aku,
lelaki kini sudah kian meruncing nilai kepercayaan yg boleh diletakkan diatas bahu mereka.

tidak pula lelaki bertaraf tinggi itu janjinya baik budi pekerti.
dan tidak pula lelaki rendah tarafnya itu tidak dpt menjanjikan kebahagian.

kadang2, lelaki yg rendah tarafnya itulah yg dapat memimpin ke jalan yang benar.

tapi itulah.
masyarakat kini, memandang status dan taraf.

pentingkah kesamaan taraf antara lelaki dan perempuan?

tentunya lelaki lebih menginginkan isterinya tidak lebih hebat dari dirinya.
sebaliknya pulakah bagi seorang perempuan?

ah. rumit.
emak juga berpesan, cari lah nnti, masa main campus, sama2 amik medik, kan senang.
cari lah tua setahun atau dua.
dpt jadi pemimpin. matang juga.

teringat pula aku pd RSSR.
ah. lelaki yg satu itu.
:')
belum masanya utk diberitahu kpd emak. takut pula latahnya nnti bagaimana.
*oh ya, post ini tidak pula berkaitan RSSR, cuma ingin tahu pendapat sahaja.


lelaki yang sama taraf pendidikannya itu, baikkah hatinya? budi pekertinya?
atau kerana kelulusan yg tinggi itu, menjadi tiket untuk dia membeli hati perempuan.
ah. pernah berlaku. pada aku.

jadi pentingkah?

7 comments:

Anonymous said...

hmm
sush jugk
mmg klau dr pndgn kite mcm ok je kan
tp..
mcm ko ckp
kne consider our prents jugk
btul jugk wt ur mom said tuh
takut nti after this..
jdik persoalan plak taraf tuh
lelaki kan
dye bleyh trime ke x awk lbih dr dye..
klau ok bg pihak dye
i dont think its a problem
jodoh
mne kte tau
taraf 2
sme je sape2 pon
yg bezanya iman n takwa
even nabi muhammad pon
nk kte taraf kekayaan 2
xdela kan..
tp dye bhagia je pon ngan siti khadijah..
bukn taraf yg tntukan kebahagiaan kte..
tp kite sndri..
klau awk bhagia with what he got..
n u willing to share everything with him..
just do it..
n u got my support..:)
but plis..
put ur prents in the 1st line..
n the last one..
tawakal pd Allah..
hope for jodoh yg terbaik dr Dia..

zuhaidah said...

okey, what can i say lah kan
aku seriusly sebenarnya tak kisah pasal taraf ni
awk cakap pasal taraf pendidikan kan? bukan harta kan?
kalau pendidikan kan, saya tak kisah
as long die rajin dan dia berusaha bersungguh demi masa depan die, seriusly tak kisah
contoh la mcam die amik diploma je ke, tak kisah la uitm ke poli ke, as long die sambung ke degree, die ade will nak belajar tinggi tinggi, aku tak kisah, cume die kena berusaha sikit la kan, sbb die kurang pandai sikit kan

yah, walaupun aku cakap tak kisah
perspektif orang ramai yang susah tu,
macam aku la kan, sedare mare tak suka,
aku pun x tahu lah macam mane nak cakap,

kalau nak cakap pasal lelaki yang agak pandai ni, yang belajar obersea, amik medic, dentistry or ape ape je lah, tak tentu diorang ni baik lagi,
die boleh jadi soulmate kite,
lelaki yang pandai ni selalunya ego die lebih sikit,

so ape yang aku boleh cakaplah kan, tak kisah la kalau pasangan kita ni taraf pendidikan die rndah sket dr kita,
asalkan kita selalu encourage die untuk jadi lebih berjaya,
mungkin dia kurang pandai, tapi budiman, alim, jaga sembahyang, pandai jaga hati orang tua n hati kita jugak
so why not kan?

kalau awk tanye saya lah saya akan pilih ke lelaki pendidikan rendah sikit dari kita kan, saya akan pilih untuk solat istiharah
kalau allah dah bagi petunjuk yang dia terbaik untuk kita, dan mak ayah pun restu, aku seriusly tak kisah
biarkan apa cakap org, bukan diorang yang nak kahwin

sekadar pendapat yang humble drpd saya :)

Anonymous said...

taraf. yap mmg org pandang skg ni. betol lah. laki, ego mmg sgt sgt tggi. xde mslh klo awk dktr and dia tu ofis boy je. xde mslh sbnrnye. tp mulut org an, xde sape leh ttp. tidak mustahil si dia tidak trse hti an. pastu, berlaku la isu ugkit2. kata, ''tau la awak dktr, sye ni sape je''.. ''tau la awk bljr tggi, sye skdr lulus gitu2 je''.. tp, if dia memahami, insyaallah boleh dielakkan. tapi awk, seelok2nya cri la yg setaraf. dia baik ke tak ke, itu kne terima seadanya. but if hti awk dkt dgn org yg x setaraf dgn awk, brdoalah moga2 awk dan dia sntise memahami. :)

pemuzik jalanan said...

Alah,tak semsestinya. Taraf tu boleh buat awak bahgia. Kalau dah jodoh tak ke mana kan. Susah la kalau macam tu. Maknanyaa orang kaya kena kawin sama yang kaya. Miskin sama miskin. Tua sama tua. Pandai sama pandai. Gitu? Allah ciptakan manusia berpasangan. Tapi tak pula ikut tarafnya. Tepuk dada tanya hati. Apa yang lebih penting. Kalau semua orang dalam dunia pikir macam tu memang jadi rumit. Pikir pikirkanla :)

Dr. Love

anonymous said...

awok tak gtaw saya pasal rssr pong. tapi saya tahu dahhh. saya tgk prof pic die, nfhk. amboiiii hangg :P

Arintyra said...

husna.

penting tapi taraf itu tetapi letakkan nombor dua.

yang penting ialah akhlak.

dan...

dia memiliki ciri ciri seorang pemimpin keluarga yang bertanggungjawab.

insyaAllah.

bahagia hingga akhirnya.

(:

EFNADIA EFFENDI said...

semua itu jodoh, semua juga di tangan Allah. kita hanya mampu berdoa dapat yang terbaik untuk kita. insyaAllah.